CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 23

CINTA PERTAMA adalah RACUN PALING BERBISA...

assalamualaikum..
hallu semua..pekabor??hehe..
nak tanya ni..korang ada CINTA PERTAMA??
mesti la ada kan..so camne hubungan korang dengan
CINTA PERTAMA korang??
masih berkekalan??kalau masih berkekalan..
Alhamdulillah..semoga jodoh korang berpanjangan..
bagi sesape yang dah PUTUS a.k.a BREAK..
bawak2 la bersabar yerp..
mungkin dia bukan JODOH kiter..
dan mungkin kiter akan dapat LABIH BAIK dari die...
semua dah ditentukan oleh ALLAH..

tapi aku nak tanya satu benda..
boleh ke korang LUPA CINTA PERTAMA korang??
urm..macam2 jawapan ada..
tapi bagi aku la kan..bukan senang nak lupa..
lupakan CINTA PERTAMA kita tu..
lupa segala kenangan dengan dia..
kenangan manis, masin, pahit, masam, tawar...
senang ker?? bagi aku tak..
aku tetap tak boleh lupa..
dan bukan mudah nak lupa..

tapi aku ada terbaca satu ayat..
tatau betui ka tak pendapat Elizabeth Aston ni..
cube tengok ayat kat pic ni..
apa yang dia kata..

betul ke ek??
tah la..aku pon tatau..
atas diri orang kot..
kalu betui la aku blh lupa ikut cara ni..
aku berdoa dipertemukan dengan orang lebih baik dari die..

pape pon sabar jela..
bagi sesape yang dah tak de pape
dengan CINTA PERTAMAnya..
bawak2 la bersabar n belajar untuk melupakan..

bakal kakak ipar aku ada la bagi nasihat kat aku..
nasihat dia lebih kurang gini la..

" If you LOVE someone let it go,
If it comes back to you it's yours,
If it doesn't, it never was,
and it's not meant to be "

so same2 la kiter renung2 ayat ni...
semoga dengan ayat ni, kite mangsa2 CINTA PERTAMA
lebih bersemangat..CHAYOK!!~

Tuesday, September 20

CINTA sejati saya...♥

Assalamualaikum...Allops...
lame sungguh aku tak buka belog..
asyik buka belog tu jer..
belog yang banyak mengguris hati aku...
ok..die dok cite sal CINTA dia jer..
aku pon ada CINTA aku gak...
ingat ko sorang ada CINTA SEJATI...
my FUTURE WIFE konon...

aku tak la sehebat ko...
dah ada FUTURE WIFE...
dah ada CINTA SEJATI..
aku takde la FUTURE HUSBAND...
tapi INSYA-ALLAH satu hari nanti aku lebih BAHAGIA...
lebih BAHAGIA dari ko...huh!!

CINTA SEJATI aku selain Yang Maha Esa
adalah Ayah, Mama, Abang dan Adik...
merekalah CINTA SEJATI aku selama-lamanya...
aku RINDU sangat nak balik rumah...
nak jumpa mereka...
tengok wajah Mama n Ayah...
hilang semua masalah..tenang JIWA aku...

Ya-Allah...
BAHAGIAkanlah keluargaku...
peliharalah seluruh ahli keluargaku..
kerana mereka adalah CINTA SEJATIku...
aku SAYANG mereka sepenuh hatiku...


ni la CINTA SEJATI aku...


pss: DOAkanlah kebahagiaan keluargaku....

Monday, August 22

bila AKU cuba untuk MELUPAKAN...

lamanya aku dah buka blog aku ni..
dah berhabuk..bersawang..
teruk betul..awat la aku pemalaih sangat tatau..
kesian kat encik belog aku ni..huhu..
urm..tajuk kali ni agak over la..
aku pon tatau kenapa cepat je jari aku menaip tajuk gitu..

urmm..aku sebenarnya tengah blajar..
belajar untuk melupakan orang2 yang aku pernah sayang..
orang pertama aku cuba untuk lupakan ialah my 1st love..
aku tatau kenapa..sampai sekarang aku masih ingat kt dia..
even dia dah berBAHAGIA dengan gewe dia..
tak pe la..aku tetap doakan kebahagiaan korang..
semoga korang berkekalan..
semoga hubungan korang diiringi dengan redha-Nya..

orang kedua aku nak lupa adalah budak IPG aku gak..
tapi kami tetap kawan..
aku juz perlu lupakan kenangan lama ja..
tapi die tetap kawan aku..
aku perlu tukar perasaan sayang dulu ke sayang seorang kawan..
dia seorang lelaki yang sangat baik..
mybe aku tak sesuai dengan dia..
dia mungkin boleh dapat lagi baik dari aku..
aku tetap doakan dia bahagia..
kalau ada jodoh tak kemana..

orang yang patot aku lupa lagi sorang adalah seorang guru..
dia dah jadi guru n aku bakal guru..
dia cikgu pemulihan n aku bakal guru pemulihan..
aku patot lupakan dia..
dia dah bahagia dengan keluarga baru dia..
aku doakan kebahagiaan itu milik mereka..
tapi aku sedih..
kalau die tak kacau hati aku ni, aku takkan suka dia..
tapi, dari gaya dia..perwatakan dia..
aku memang dah jatuh CINTAN..
dia memang nampak sangat PENYAYANG..
ya-Allah..terima kasih kerana sedarkan aku..
dia bukan milik aku tapi milik wanita itu..
semoga kalian bahagia..
n aku janji untuk lupakan dia..huhu..

tu la insan yang patot aku lupa..
buang perasaan sayang yang ada dalam hati aku ni..
mungkin aku tak cukup baik untuk mereka...

aku selalu bercita-cita nak dapat bakal suami pak ustaz..
tapi aku tau, aku mana layak dengan ustaz..
ustaz mesti pilih perempuan baik2..
tapi aku yakin, kalau kita berdoa..
insya-Allah ia bukan satu yang mustahil..

semoga aku dipertemukan dengan USTAZ aku..
yang mampu menjadi imam kepada aku..
mampu bimbing aku ke jalan-Mu..
amin...

Sunday, July 24

aNaK kUciNg baRu sAyA...

tanggal 21.7.2011 bersamaan dengan hari Sabtu..
kazen aku balik umah tok aku..(umah tok sebelah umah aku)..
dia balik dengan sesuatu yang diluar jangkaan..
selain bawa isteri dia, dia bawak anak kucing..
Oh..aku kaget seketika bila tgok kucing tu..
sangat..sangat..SANGAT COMEL..

aku pernah bercita-cita nak bela kucing secomel tu..
tapi nak amik mana..kalu beli mau ratus2 melayang..
tnpa dsangka kazen aku bawak balik..
n bagi free je..giler ah..aku hepy teramat sangat..
walaupun malam tu aku dah nak naik bas balik ganu..
aku sempat gak jumpak kucing tu..
memang comel..nama kucing tu BOBOY..
aku nak letak nama OMPUTEH la sikit..haha..
tapi abang n chaq dah letak nama tu..aku tima jela..

nak tengok tak gambar kucing aku tu??
tengok la kat bawah..aku ada letak..
apa komen anda??

ni la kucing aku tu..nama dia BOBOY..comel??

rindunya kat bObOy..lambatnya nak cuti..
tak sabo rasanya nak jumpak boboy..
sekarang bObOy abang, ayah n mama yang jaga..
adik tak tengok g bObOy..khamis ni baru hostel balik..
kesian adik..bukan main jeles kat kak dia..
sebab kak dia boleh tengok bObOy..dia tak leh ag..haha..
semoga bObOy sehat sejahtera..
tunggu BEAR RUNGGI balik yer bObOy..
19.8.2011 kita jumpak..
i LOVE u bObOy!!

Saturday, July 16

:: dEnDaM yAnG mAniS ::

salam..dah lama aku tak buka blog usangku..

bukan tak nak buka..tapi masa tak dak..byk masa utk tido jer..haha..

sekarang mood aku sangat TIDAK STABIL..

bagi merawat hati, aku pon buka blog orang sana sini..n aku tertarik dengan satu entry..

ada kaitan dengan jiwa aku sekarang..so aku pon copy..

harap2 tuan blog tu halalkan la..aku nk kongsi dengan kawan2..hehe..

yok bace..best.. :)

"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?


(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan.Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi.Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.

Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.