CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 28

ღ Usah mencari yang terlalu SEMPURNA, kelak dirimu MERANA ♥✿

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

Wednesday, October 27

ღ sAyAnG sAngAt!! ღ


saya RINDUKAN mereka sangat!!..~

-mama dan ayah ter'CINTA'-

-Abang ter'cayunk'-


-adik yang paling disayangi-


-tOk dan cHaq-

-tOk Cah dan wAn Majid-

saya sangat sayangkan mereka2...
merekalah penawar segala duka
tanpa mereka gelaplah duniaku...
ya-Allah, peliharalah mereka yang sangatku sayang..
panjangkanlah umur mereka..
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku...

Sayang mereka sangat2!!~

Monday, October 25

ღ deMam..dEmAm ExaM...๏̯͡๏

halu2..enybody home? hehehe..aku kebosanan..tu yang gatal tangan on9..haha..
bila dah on9, mula la melekat depan lappy..teruk btol la..on9 mmg bhayakan kshatan nih...
haha..aku on9 jap je eh..tak nak lama2..tapi tgok2 2 3 jam gak..teruk btol..hahahaha...
urmm sebenarnya skarang semua orang ngah sbuk setadi..coz exam final dah dekat..
aku pon stdy la jugak walaupon tak struggle sgt..besa2 jer..tapi aku takut la..
takut sngat fail..aku tak nak banana fruit two times...waaaa..ya-Allah, bantulah aku..

semalam aku stay up smpai kul 4 lebih..tu pon banyak yang blom hbs study..takut la tak smpat...
urmm..smalam harap je tdo lambat..aku on9 jer lebih..apelah aku ni..truk sgat..
aku mmg tak buleh la..mmg kna stdy last2 mnit gak..bru nak stdy betol2..hadoi2..
tadi ada someone kate kat aku : 'ko tdo lambat eh smalam? ptot la tak ckup ketinggian'..
bongek tol..betul ke pendek sbb tak ckup tdo..slama ni aku tdo terlebih dari ckupp..tak tnggi gakk..
geram tol aku ngn mamat tu..nasib baik la ko kawan aku..baik ngn aku..kalu tak mau aku SMACKDOWN..
hahahhahahaha....sebabkan dia aku dh tak nak stay up ag..[alasan. sebenarnya malas setadi.haha.]

kat sini aku nak tnya..sape ada tips "RAJIN BELAJAR"? bagi la kat aku..tak pon 'ubat rajin belajar'..
aku sanggup beli..hahahahhahahahaha..k lah aku stop dulu..sape2 ada tips, tlong tggalkan komentar...
lalalala..tata titi tutu toto~

Sunday, October 24

ღ Footsal a.k.a KAKIsal ღ

halu2..hehe..cite ni dah agak lapok la..cite sal fOotsal a.k.a Kakisal ni..
excelinya kami main mase hari Sabtu g. tapi aku tak sempat nak meng'Online' kan diri..
so entry sal main futsal ni agak terlewat la..tapi tak la lambat mana pon..hehe..
besa la..aku ni busy kalahkan Datuk Najib..aku sebenornya tak reti pon main menatang ni..
mase petang Jumaat tu "Cik Gilbert" call aku tnya nak join tak main..aku pkir banyak kali gak..
mana tak nya..aku tak penah pon main..tambah2 nak p main kat 'SPORT PLANET'..haha..
memang memalukan la..tapi tringin gak nak join..so aku pon ckap nak join..haha..

maka petang Sabtu, tepat kul 5 ptg kami pon gerak ke 'SPorTpLanet'..haha..
naik kreta kepunyaan kawan kami gak..hehe..sampai je sane semua muka ketaq..
sbb penuh ngn orang laki..aiyak..takkan nak kansel..court dh tempat dr semalam..
maka 'Cik Gilbert' n 'Cik Chunna' pon ga la bayar membayar kat kaunter..
aku n 'Cik Chiya' dok nyorok lam keta sbb malu..hahaha..kami g dua biji keta..
keta ag satu blom sampai..kalu ramai2 tak la malu sangat..ni kami berempat jer..hahaha..

masuk je padang semua malu2 biawak..haha mana taknya dak2 laki dok tgok..kontrol la..
'buat tebiat pa pompuan2 ni nak main sini'..mesti diorg kata gitu..tapi..
bila mula ja main..semua naik sheh..hahahah..semangat siot..
ada terjatuh..ada tergolek..ada tersadung..ada terhantuk kepala..n ada yang msukkan gol..
kalah pemain dalm cite Gol & Gincu..hahaha..
baru main 15 min, semua muka pakat pucat macam mayat..haha kesian2..
tapi main gak smpai habis masa..memang best la...lepas je main mula la sesi bergambor..

lepas habis semua tu, kami pon g la mnum air gelas besar..fuhhh..yummy lazat kot..
ada yang mnum 2 gelas..sape tah? hahaha...then kami pon balik menuju maktab terchenta..
hahahha..memang tak buley lupa la kenangan main futsal..rasa nak p main ag..
yok kawan2 kita g ag..

-ni koleksi gambar mase main KAKISAL-

gaya seorang pemain bola handalan..haha

muka aku setelah keletihan bermain..hahak..


ni la gambor barisan pemain2 handalan~

pss: memang best main..jom la g ag kawan2..

Friday, October 22

ღ BFF bukan BF ღ

hallu2..hehe..entry aku kali ni nk citer sal satu topik yg sgat best. BFF bukan BF yek..
BFF a.k.a Best Fren Forever bukan BF a.k.a BUAYA FREN..hihi..jangan salah baca ekk..
BFF aku yang paling aku sayang adalah..jeng..jeng..jeng..nama dak asma panggil BUTED..
nama panjang ZAHIDAH BT MOHD YUSOFF..hihi..ni la kawan baik aku..aku sayang dia sangat..
dia ni dah mcm adik beradik aku..dh mcm sebahagian dari family aku..
aku mla baik ngn dia mase form3..smpaila sekarang..n Insya-Allah sampai bila2..amin..
ingat g mse zaman form5..kami mmg rapat la..sgt3..smua benda kongsi bersama..
tak pnah bkira antra kami..sampai ada yg jeles..haha..tp kalu time gdoh, mmg aku la jd air..
minah tu baran je dia tau..haha..hrap2 dia tak baca..hahahhaha...kalu tak mampos aku..dia buat sup..

cita2 kami sama..nak jd cikgu..alhamdulillah impian kami bakal tercapai..CIKGU..
dulu lau blh nak dok stu mktab tapi tak dak rezeki..dia dpt mktab pngglan pertama..
masa tu aku dok kat mtrik..mmg sedih gila bla tau dia jer yg dapt..aku sgt2 down tme tu..
tapi alhamdulillah aku dpt tawaran pnggalan kedua..dapat gak jadi CIKGU CIKGI..
kawan aku ni dok maktab Pulau Pinang n aku kat Kola Ganu..jauh jarak antara kamii..
tapi tak kisah la..asalkan dpt jd cikgu..tol tak idah? [kalu dia jawb mampos]..haha..
tapi harap2 posting nnt dpt sama skolah..yahooooo...tetiba aku rindu gilerr kat dia..
sbb tu la aku tulis pasal dia ni..hahahaha

then kat mktab ni aku ada gak Best Fren..aku rapat ngan dia..dia muda dr aku stahun..
aku anggap dia mcm adik aku..n aku sayang dia sangat..coz dia alwayz ada time aku susah sng..
nak tau spe name dier??dia chantek..baik..peramah..hepy-go-lucky..n sangat syg sorg mamat ni..
hehe..name dia Norazimah Bt Allawaddin..sedapkan nama dia? seperti tuannya juga..
aku baik ngn dia kat mktab ni..sama2 dok jauh dari family..so same2 slg tlg mnolong~
aku hrap pshabatan kami berkekalan..kalu blh smpai bila2..luv u damn much~

huhu..wateva pon..aku nak tekankan disini..cewah..aku sgt syg BFF aku..forever..
smoga kita tetap berkawan sampai bila2..muahx~




ini ZADIDAH



yang kiut miut ni pulak azimah..

so stakat ni jer entry aku kali ni..kalu sape2 berkenan ngn BFF aku ni..
boleh rujuk aku..hahhahaha.....luv both of u~

Wednesday, October 20

ღ yahoo..menang pameran LITERASI BAHASA ღ

allops...hehehe..rajin gak aku update blog sejak 2 menjak ni..hihi..
urmm hari ni aku tak de kelas GERKO..aku pon buat keptusan nak bangun lambat..
topup tido aku yang kemarin..hehe. aku pon tdo sampai kul8. haha.
kalulah 'MAMA' tau, sah2 kena bletiaq 7 hari 7 malam. hahaha.
bangun je dari tido. aku buat perkara rutinku. tengok FON bawah bantal.
fuhHhh belungguk2 mesej. tak penah2 jadi gitu. ni smua sbb 'MY CAYUNK' la.
hantor mesej banyak2. sebab aku tak balas. takut aku MATI mase tido kot. haha.
n salah satu mesej dari RUMATE aku. name rumate aku pon FATIN gak. haha.
mesej dia kata gini. "k.tin, thniah dpt no.1 pmran. hehe". ha? betul ker?
PISMP PEM KHAS dapat NO1? wahhhhh. aku kaget. aku pon trus g blik kwn2 aku.
diorang pon tatau. sebab smua sama ngn aku. tak g perhmpunan. hahaha.
bila tau je ada macam2 ragam. yang sorg telompat2. yang sorang aku dok tak pecaya.
haha. lawak2. rupanya betul kami dapt no 1. tak sia2 aku tido lambat. hadoiii....
dapat hamper. wahhh. tapi hamper tu tak kisah sangat. nama tu yang aku kisah.
hahahaha. hamper mkn leh hilang. nama pemenang org aku sebut n jadi kenangan..
wahhh. pengajaran di sini ialah : berusahalah. pasti ada kejayaan menunggu kita.
hehehe. semoga kejayaan ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kita sekelas..
I LAP U ALL~!!

ni aku sertakan gambor2 mase pameran. aku tak de banyak sgt gambor..


ni gambor kami sekelas. hehe cun2 semunya.







ni la hasil2 Alat Bantu Mengajar [ABM] yang kami buat...

ღ miNgGu yAng bUat aKu PENAT ๏̯͡๏

salam. hadoi. dah berapa hari aku tak on9. kalu on9 pon juz cari note jer. cewahh.
yela. minggu ni memang sangat MEMENATKAN. sampai tak sempat nak ''mengonline''..
start hari Ahad aku dah berubah jadi BUSY BODY. opss silap. busy 'GEGIRL' not 'WOMEN'..
hehe. hari ahad sampai hari selasa aku ada exam. UAK - Ujian Akhir Kursus..
apa yang aku jawab pon aku tatau. nak kata tak study, aku study. tapi tak leh gak jawab.
paper Mat paling aku rasa nak KOYAK2 kertas soalan. susah macam TENUK. huh!!
BM literasi n BI ok la. nOt BAD. huhu. pape pon harap2 lulus semuanya. huhuk. sangat TAKOT!
nanti exam FINAL plak. awat la wujud exam. aku malaih nak BACA BUKU. huhu.
orang slalu kata "dok maktab tak pa dah. keluaq2 terus jadi cikgu". sedap nya mulut cakap.
depa ingat senang. huh. aku kat maktab ni separuh mati belajaq. mana tak nya.
exam berJUTA2. esemen berBILION2. huhu. kadang2 rasa nak gila.
musim exam n esemen mula la emosi aku TAK STABIL. time tu mula la nak marah2+nangis2.
darah pon mula mengurang. maka aku pon cepat la letih. peh tu mula nak sakit.
hadoii. SABAU JE LAU. hehe.

minggu ni gak kami dak PISMP sem 2 ada buat PAMERAN literasi bahasa melayu.
semua orang turun padang nak bg pameran tu GEMPAK termasuklah aku.
pamerannya berlangsung hari ni. yang bestnya mula buat semuaya kemarin.
kemarin lepas exam BM kitorang dak PEM kena masuk seminar KSSR. kat TELTRAC.
bosan gak la. tetiba Pn. Norzaini panggil nama aku "PARI2" mai atas pentas. n beberapa org lagi student.
kna berlakon sambil ikut muzik lagu RAMA2. Masya-Allah. Tuhan ja yang tu. ketaq lutut2 aku.
memang tangan aku time tu SEJUK gila2. silap2 boleh PITAM aku kat atas pentas. Malu kot.
nasib baik ok jer. hehe. lepas je seminar aku, Adah, Dayu n Atin memulakan langkah.
g dalam pukoi 5.30. p beli barang2 pameran kat MYDIN [tu je yg ada kat GANU ni]..hehe.
lepas beli kami pon gerak g KAMDAR beli kain. beli punya beli maka habis la bab kain.
g pulak nak cari bunga. kami bincang nak p beli kat MEGA LACE.
maka Adah pon drive keta dia menuju ke mega lace. vroom. vrooom... smpai kat trafik light.
kami pon buat u turn. brukkk..tetiba keta tak leh jalan...aku pon tanya. minyak habis ker??
adah kata 'tak, gane ni?' adah pon spantas kilat cal POWER RANGERS dia. 'ABAH' [bf dier]. hehe.
sepantas kilat 'ABAH' datang. [lebih kurang 45 min] hehe. mane tak nya. p panggil mekanik.
jark umah dia ke tmpat kejadian pon jauh. setibanya abah. dia memberi kereta VIVA kat kami.
haha. kami pon balik la..singgah makan kat NORSIAH dulu. tapi time tu semua muka mcm pa g.
mengantukk jer..lupa lak. masa tunggu ABAH mai. sempat g kami beli KFC makn tepi jalan. haha.
sempat g bgambar. haha. memang best la. aku takkan lupa kenangan TERINDAH itu. hihi

kami sampai maktab dalam kul 12 kot. memang letih taktau nak kata la.
lepas dah smayang n bersih2 diri, tak boleh tidoq g. kena mulakan kerja buat persediaan utk seminar esok. hadooiii.. memang gila2 LETIH. buat punya buat. tengok jam kul 4 pagi lebih.
huhuhuhuhuhu. lepas habih je keja semua pakat balik tidoq. sempat la lelap kejap.
awal2 pagi dh bangun. g hias kawasan pameran. gila ah. muka semua memang ngantuk..
semua macam nak gila. ada tu koordinasi mata n tangan pon dah tak betull.haha.
pameran tu habis dalam kul 1 lbih. tapi aku balik awal g. tetiba pulak SAKIT.. kesian2..
adah n mira hantor aku ke bilik. balik je bilik aku tak boleh nak tido sebab sakit sangat2.
aku pon mandi then cuba utk tido. pukul 2 lebih kot baru tertido. sedar2 dah kul 5 ptg.
memang tak sedar gila. tido MATI. haha. makan pon tak. teruk2.

soo korang dah tgok kan. hidup aku minggu ni sangatla SIBUK. esok nak kena hantor folder plak.
bukan senang nak jadi CIKGU! huhuhu. papepon memang BEST!! aku takkan lupa kenangan mase blajar ni..
hehehehehehe........itulah ceritanya.
kehidupan seorang bakal CIKGU yang sangat BUSY~

Thursday, October 14

ღ Cinta sebelum kahwin vs cinta selepas kahwin ღ

Assalammualaikum....
Moga sahabat2 berada dalam perlindungan Allah S.W.T selalu...^_^

CINTA.. Semua orang nak bercinta. Semua orang nak bahagia, tapi sejauh mana dan sedalam mana seseorang itu mengenal apa itu cinta. Sebenarnya tiada istilah 'couple' di dalam islam, cara masyarakat sekarang sudah lari dari syariat Islam sebenar. Di mana letaknya kemanisan di dalam sesebuah perkahwinan seandainya kita sudah menghabiskan masa bersama pasangan sebelum perkahwinan. Itupun jika ditakdirkan pasangan itulah jodoh kita. Budaya kita sekarang serupa seperti budaya barat. Masing2 berlumba untuk mencari pasangan, dan ada yang memasang lebih dari seorang. Apa yang dikejar sebenarnya dalam kehidupan?

Boyfriend/Girlfriend itulah ayat yang sesuai bagi pasangan yang bercinta. Selalu kita dengar 'Kenapa orang lain ada boyfriend/girlfriend, tapi aku tiada?'. Mengapa harus risau? Adakah dunia ini akan berakhir? Sedarlah wahai umat Muhammad S.A.W bahawa Allah S.W.T telah menetapkan hidup, mati, rezeki dan jodoh masing2. Cinta itu suci, janganlah mencemari cinta dengan perkara2 maksiat dan dosa.
Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

Allah telah mencipta sebaik2nya, lelaki berperwatakkan keras dan perempuan berperwatakkan lembut serta penuh kasih sayang.

Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)

Cuba kita bandingkan. Bercinta sebelum kahwin, setiap hari pasti akan bermain mesej. Tak mesej, telefon. Bila telefon, nada suara bercakap pun manja2. Sekarang zaman IT, 3G pun sudah popular. Webcam pun sudah ramai tahu menggunakannya. Dapat tengok wajah dan tubuh pasangan. Kalau boleh seminggu sekali nak berjumpa. Bila berjumpa, pasti bawa jalan2 atau keluar makan berdua. Bila berdua, sudah terang2 pastinya ada yang 'ketiga'. Cinta dan rindu yang palsu kerana kita sendiri tidak pasti jodoh kita. Paling teruk, Ibubapa tidak tahu apa yang anak2 mereka lakukan di luar. Jika kita fikirkan, perempuan sekarang begitu mudah dibawa kemana2. Membonceng motosikal bersama pasangan dan sebagainya. Lelaki juga kini tidak lagi berjumpa terlebih dulu ibubapa perempuan sebelum membawanya keluar bersama. Apatah lagi membawa bersama mahram. Dunia kini akhir zaman...semua dianggap biasa.

Bagi yang tidak mengalami semua itu, janganlah berasa cemburu pada kebahagiaan pasangan lain. Ketahuilah betapa bertuahnya dirimu kerana terpelihara dari dosa dan maksiat. Terpelihara kerahsiaanmu dari pasangan yang kita sendiri tidak pasti dialah jodoh kita. Bagi yang sedang 'berbahagia', janganlah berbangga dengan dosa dan maksiat yang dilakukan kerana Allah itu maha berkuasa di atas segala di muka bumi ini. Bertaubatlah segera kerana Allah itu maha pengampun.

Cuba kita fikir sejenak, betapa indahnya jika bercinta selepas berkahwin. Segala rahsia tersimpan hanya suami/isteri yang tahu. Makan bersama, saling rindu-merindui, berhias dan bermesra2 tanpa rasa dosa dan bersalah sebaliknya dituntut dalam Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk bercinta tetapi gunakanlah saluran yang betul dan disediakan iaitu pernikahan kerana lumrah manusia untuk tertarik kepada pasangan berlainan jenis. Sekiranya kita ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T nescaya rumahtangga pasti akan disinari dengan kebahagiaan dan keberkatan. Tepuk dada tanyalah iman...

Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... ' (An-Nisa':1)

Ingatlah, lelaki2 yang baik tidak akan begitu mudah melafazkan janji2 manis dan perempuan2 yang baik tidak akan begitu mudah menyerahkan segala2nya kepada lelaki yang belum pasti menjadi suaminya. Bertaubatlah segera....

ღ al-kisah tentang DIRUku ღ

Nama diberi ღ FATIN BINTI ABDUL RAZAK ღ..
aku dilahirkan kat rumah 'chaq' a.k.a datuk aku..kat Yan, Kedah..
disebabkan aku TAK SABAU nak tengok dunia.. tu yang lahir kat umah..hihi..
aku merupakan anak ke-2 dari 3 beradik.. da sorang abg n adik prempuan..
jarak kami adik bradik memang jauh..aku ngn abg aku beza 5 tahun..kira ok g..
aku ngan adik aku yang kiut miut tu beza 8 tahun.. fuhhh..
dulu mmg aku anggap aku la adik.. last2 dajah 2 dapat adik..
kacau daun betul adik aku ni.. kalu tak aku dah jadi anak bongsu..hihihi..
aku ni harap ke anak ke-2..manjanya macam anak TUNGGAL..
manja2 aku pon, blh blajar jauh..berdikari dari form1..hahaha..

urmm..nama ayah aku ABDUL RAZAK b. ABDUL MAJID..kacak bergaya..dialah HEROKU..
muka aku boleh dikatakan SEBIJIK muka ayah aku..macm fotostat..hahaah..
adik beradik yang lain ikut mama..tu yang CHANTEK n HENSEM..
kalu p mana2 mesti orang kataa.. "ni memang anak ayah. muka sebijik''..
cisss..kata gtu. tp best muka sama ayah..muka bulat n putih..haha..
urm..nama mama aku lak KU UMI KALSOM bt KU AZIZ..
kalu tak aku pon ada 'KU'..disebabkan ayah aku tak de 'KU'..
jadi kami adik bradik tak de gak la..kalu tak nama aku mesti KU NURUL FATIN..haha..

aku sekolah rendah kat SK LANGKASUKA..zaman skolah rendah mmg BEST..
mane taknya, ada ramai kawan2 yang sangat BEST..
masa dajah 6 aku dapat 5A..so aku dapt tawaran g skolah asrama..
aku skolah men kat SMK SULTANAH ASMA..kenal tak??
agak popular..skolah harian terbaik kat kedah..
sekarang skolah tu jadi sekolah KLUSTER n Sek. Berprestasi Tinggi (SBT)..
huhuhu rndu gila zaman skolah menn..rasa kalu ada mesin masa doremon..
aku nak trun jadi dak skolah balik..hihihihihihi...

lepas SPM aku dpt tawaran MATRIK..yang bestnya dpt kat N9..
mak ai.. jauhh.. aku time tu dok fkir nak p ke tak..muka toya je masa dpt tau..
kena CERAMAH ngan mama terchenta..aku pon relakan diri p N9..haha..
alhamdulillah..aku boleh survive kat sana..kawan2 matrik mmg TERBAIK..
aku kat sana dekat 2 bln lbh, dapat MAKTAB..yeyeyeyeye..aku bersorak gumbira..
mmg aku nak masuk maktab GILA2..hari tu gak aku suruh ayah aku mai amik aku kat N9..
tapi mmg sedih laa..terpaksa berpisah ngan kawan2..F1P1..sedih gila..
tapi demi maktab..aku terpaksa berpisah..cewahhh...
n sekarang aku ada d IPG Kampus Dato' Razali Ismail, K.Terengganu..
sedang mengharungi liku2 untuk bergelar GURU..hadoii...
bukan senang nak jadi CIKGU..5 tahun stengah kat sini..pakai TUA gitu la..haha..

urmmm..aku rasa smpai sini dulu kot..idea dah tak dak nak nulis..
perut pon dan bunyi 'KRUK', 'KRUK'..laparrr..
nnty ada masa aku cite lagi....bubbye~

ღ saya BUDAK baru belajar ๏̯͡๏

Assalamualaikum..Hi..
dengan ini diumumkan..
FATIN BINTI ABDUL RAZAK,
telah berjaya mempunyai BLOG sendiri...
fuuuhhhh..harap2 jangka hayat blog ni lama la..ni blog yang ketiga..
da lame aku KEMPUNAN nak ada BLOG sniri..tp malasnye..Masyaallah..
bila dah ada, malas pulak UPDATE.. kronik betul PENYAKIT MALASku..
then sebab2 lain adalah satu kelebihan aku da berkurang...
iaitu....kemahiran menulis....
nasib baik kemahiran mendengar, membaca & bertutur aku ok g...hiii...

dulu2..mmg rajin benor aku ni menulis..
tulis ttg ape2 aje..semua aku boleh..
konon2 fatin serba boleh la...

tp sekarang...
aduhaiii..

kadang2 sampai tak reti nak mengekspresikan perasaan...
kalu kena RESEAT paper BM untuk SPM..mmg la..
aku punya karangan paling pendek n NGARUT. haha.
silap2 pemeriksa PANGKAH or buat tanda SOAL beSAU2..hihi

papepon. hope BLOG aku ni sentiasa SIHAT..
rajin2 la melawat blog aku ni..
kalu nak melawat tu, bawak buah sama.
mcam melawat orang sakit. hikhik..
neway.. wish me ALL THE BEST dengan BLOG BARUKU..