CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31

t.E.m.P.e....

allops!
hari ni aku nak tulis sal makanan kegemaran aku..
cube teka apa makanan kegemaran aku??
salah satu makanan kegemaran aku adalahh..
jeng..jeng..jeng..
SAMBAL TEMPE..
kalu ada sambal tempe, tak da lauk lain pon tak pe..
aku mula kenal tempe masa kat matrik..
boleh kata tiap2 hari aku beli nasi putih + sambal tempe..
sambal tempe kat kafe Blok C Matrik N9 memang meletop!!
tapi kat maktab jarang ada tempe..hukhuk..
urm..kat rumah aku tak penah ada tempe..
mak aku pon tak penah masak tempe..
tapi..kemarin aku ikot ayah aku g pasar tani..
aku nampak tempe..aku pon suruh die beli..beli dua..tamaknya..haha..
then tadi aku pon dengan semangatnya offer nak masak..
konon nak bagi mama rehat..
aku pon masak sambal tempe..
tapi ada la masakan lain..juz tempe la paling aku semangat nak masak..
bila dah siap masak aku pon amik gambar..tengok la kat bawah..
masa makan tengah hari, semua kalut ambil sambal tempe tu..
termasuklah aku..
kejap je licin..mak aku pon kagumm..
rupa sambal tempe aku masak sangat sedap..haha
yang bestnya mama leh kata gini..
"nampaknya kakak dah leh cari calon orang johor la,
orang johor slalu makan tempe"..
tapi sapalah orang JOHOR yang nak aku??
hukhukhuk...
esok aku nak buat sambal tempe lagi..tadi dah beli stok tempe...
yummy...
so, esok sape2 nak rasa mai la rumah aku..hahak~



ni la sambal tempenya..
nampak memang tak menarikk..tapi sedapp..hihi

Sunday, January 30

kEcEwA~

Aku sekarang ngah S.A.K.I.T.. sakit jiwa n sakit hati..huhu..
sedih pon ada..blh kata semua lah aku rasa..
tapi paling sesuai dikatakan KECEWA..
dengan SIAPAKAH??
bOypRen kEr? [aku mana ada bOypren]
ex bOypren ker? tak sama sekali..coz kami kawan baik..
SO??
sebenarnya aku kecewa dengan seorang sahabat a.k.a kawan..
sbb tu aku sgt sedih+kecewa+geram=macam2 rasa..
kenapalah dia macam ni..
disebabkan aku tak leh tolong dia, dia marah2 aku..
mmg manusia kat dunia ni macam ni ker??
skali orang tak dapat tolong, terus nak marah2..kata macam2..
tapi tak sedar ker? slama ni orang tu tolong je dia..
cuma kali ni je tak dapat tolong..bersebab..
tak kan tak ingat jasa2 orang tu sebelum ni..
memang orang mudah lupa jasa2 kita..huhu..
bukan nak mengungkit..tapi cuba la kenang sikit..
uhuk..sedihnya..
papepon tanks kepada AZIMAH yang tlg tenangkan aku..
kalu tak lagi aku sedih..
tanks gak kat MAMA tersayang..
Pn. Ku Umi Kalsom Bt Ku Aziz..
atas nasihat anda..anakmu ini akan sentiasa ingat nasihat itu..
wateva pon hidup ni kena enjoy..
kawan bukan sorang..
smoga hidup aku lebih "blink2" lepas ni..
tak nak sedih ag..
Selamat Tinggal Kesedihan..
aku nak lupakan hal ni..A.S.A.P..
supaya aku lebih GEMBIRA~


Wednesday, January 26

akHiRnYa..

huhuhuhu..akhirnya..blog aku dah kembali pulih..
TERIMA KASIH..
tak comel mane pon blog aku ni..
tapi aku dah agak berpuas hati sikit..
hihihi..
nak gitau tu jer..blog aku dah berubah bentuk~

-r.i.m.a.s-

hadoii..tolonglah paham..napelah wujud orang gini..
RIMASnya dengan orang prangai gini..
tak paham bahasa ka? nak aku cakap bahasa apa g..TAMIL?
kalu aku kata tak suka, maknanya tak suka la..
kalu aku kata kita juz kawan, maknanya kawan la..
jangan la buat aku macam awek ko..
buat aku macam suka gilerr kat ko..sedangkan ko yang giler..
tolong la beb..aku da banyak g nak pikir..
study pon tak habes ag..ko tak pe la..
jangan sampai aku tak angkat call n balas mesej ko langsung!
hidup ni panjang ag..macam2 leh blaku..
enjoy la zaman muda..
aku tak penah sebok ko nak kawan dengan sape..so ko pon sama..
jangan sebok2..
kalau rasa nak kawan ngan aku g..tolong berubah!!
kalu tak sory to say..
KITA BUKAN KAWAN LAGI!
so ko pandai2 la pikir..


mood aku sekarang: sangat MENYAMPAH!

baLik KampUnG...ღ

oyeh..esok balik kedah..sukanyaaaa..dapat jumpak family..yeye..
esok aku naik bas kul 9 mlm..smoga aku slamat sampai..
kepada dreba bas transnasional KT-AS, bawak elok2 la..
musim2 perayaan ni..nyawa kami [penumpang] di tangan andaa...
Ya-Allah selamatkan perjalanan ku esok..nk jumpak family terchenta..
kepada mama, ayah, abang n adik..
tunggu kepulangan saya yekk..rindunyaaaaa...
jangan lupa ambil kat Dataran Gurun jumaat pagi..dalam kul 4pg..
selamat tinggal TERENGGANU..
selamat tinggal Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail..
nanti 6hb2 aku mai balik..yahoooo..

Monday, January 17

aDakAh aKu mAsih SAYANG mErEkA?..♥

yuhuu..alamak..entry kali ni tampak menarik jerr..agak menarik la..hakhak.. aDakAh aKu mAsih SAYANG mErEkA?..♥..mereka tu sape? parents aku ker? family aku ker? kalau parents n family, tak leh tanya soalan gitu cos aku akan sentiasa sayang mereka sampai bila2..insya-Allah..tanpa mereka, sapelah aku di dunia yang fana ini..cewahh..

entry aku kali ni khas utk 'EX' aku..hakhak..kenal ke diorang ni?? mesti tak kan..hehe..kalu yang kenal tu, buat2 tak kenal dah la..haha..

first aku nak cite sal first lurve aku..aku kenal dia masa skolah rendah..dia pindah ke skolah aku masa darjah5..dia ni kembar..urmm..man [bukan nama sebenar] memang baik..yup..aku tak nafikan, aku memang sayang giler2 kat dia..n smpai skarang aku tak blh lupakan dia..betul kata orang, 1st lurve bukan snang nak lupa..tapi nak buat camne..tak de jodoh..tapi pape pon aku doakan die bahagia n tak lpakan knangan bsama aku dulu..isk2..tacing plak sorang2..huhu..

then lpas putus ngan man [bukan nama sebenar], aku kapel plak ngan sorang dak maktab..asyraf [bukan nama sebenar]..yup..dia sememangnya bijak..aku kagum dengan dia..pointer sentiasa tinggi..aku jadikan dia semngat aku untuk bljar betul2..takkan nak biarkan pointer dia tinggi dr aku kan? mesti la malu..so aku always usaha utk dpat pointer tinggi..kalu tak tinggi dr dia pon, dekat2 ngn pointer dia kira ok la..takdela memalukan sgt..dia pon aku syg gak..tapi aku syg dia tak sebanyak aku syag man [bukan nama sebenar] sebab man tiada tandingan..huhu..tapi nak buat gane aku tak de jodoh dgn 2 hamba Allah ni..hukhuk..

skarang aku masih single n not available..hahak..aku takut utk mengharap lg..so aku layan hafis [bukan nama sebenar] sbagai kawan..kalau ada jodoh, insya-Allah ada..aku ni ada 3 tahun ag nak jd cikgu..dia tahun dpan dah habis n mula ngajar..mana tau masa kat skolah, dia jatuh CHENTA ngan cikgu skolah..tinggal aku mlopong gitu jer..soo untuk slamatkan diri aku dr ditinggalkan, aku cuba utk tak mengharap..alhamdulillah hafis [bukan nama sebenar] faham n boleh trima kehendak aku tu..tanks yer..kalau ada jodoh utk kita, insya-Allah..

ni jer kot citer aku utk kali ni..tapi aku nak korang semua tau..aku masih sangat syg kat 1st love aku..camne nak lupa dia pon aku tatau..sape2 ada tips? huhu..2nd love aku pon aku masih syg..tpi nak buat gane..sabar jelaa..aku berdoa sangat dipertemukan dgn org yang betul2 menghargai n sayang aku seadanya..aminn~




sElamAt hAri lAhiR sAhAbAtkU~♥

tanggal 18 Januari 1991, lahirlah seorang kanak2 cumel yang diberi nama Norazimah..yup, dia sememangnya comel..aku pasti Mak n Ayah dia bangga mempunyai anak macm dia..baik..bijak..n yang paling penting dialah kawan yang slalu bagi smangat kat aku..huhuk.. masa aku susah, masa aku senang, dia slalu adaa..tanks ya sahabatku~♥
hari ni besdei die..so aku nak nyanyi lagu kat die..dengar ek..kalu suara terlebih merdu maap la yek..hakhak..
happy besday to you,
happy besday tooo yooouuuu,
happy besday too Azimahhh,
HAPPY BESDAY too youu~♥

aik sedap gak suara aku kan..hakhak..neway, aku doakan azimah ni sihat dan dpanjangkan umur n dimurahkan rezeki..smoga die cept2 dapat jodoh..leh aku mkn nasi minyak..hahah..n paling aku harap, kami akan jadi kawan sampai biler2~

Friday, January 14

✿ aNemiA sEntiAsA bErsAmAkU ✿

Anemia merupakan sejenis penyakit dimana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalakan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia juga membawa maksud heamoglobin yang tidak mencukupi. Paras Heamoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Anemia disebabkan oleh perkara2 berikut:

1. Kehilangan darah (terbahagi kepada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan

2. Kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormone: Paras hormo tiroid rendah
- kerosakan sum-sum: kanser darah, penyakit sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia

3. Pemusnahan sel darah merah berlebihan
- berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Terbahagi kepada dua iaitu Anemia disebabkan kekurangan zat besi dan Talasemia.

Simptom dan Gejala Penyakit Anemia ini biasanya tidak disedari oleh penghidapnya. Sekiranya anda mengalami sebahagian simtom2 berikut, adalah disarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung cepat
-Kurang daya ingatan

Kompilasi yang disebabkan oleh Anemia
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan

Tips untuk pesakit Anemia
Diet untuk memperbanyakkan hemogloblin makan makanan yg kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan, ayam, hati telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, brokoli dan tauhu

Mempercepatkan penyerapan zat besi
-Makan atau minum jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

Elakkan minum kopi atau teh selepas makan kerana kedua-dua minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi.

Berhati2 dengan kalsium kerana kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Anda harus berbincang dgn doktor bagaiman cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus utk tubuh anda

Vitamin B12 dan Asid Folat penting untuk tubuh dan boleh didapati dari daging ayam, daging merah dan sayur2an

Suplemen Zat besi- berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil supleman ini kerana ianya mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah dan alahan

Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 5 hingga 10 tahun
-sekiranya anda wanita yang tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah untuk mengesan adakah anda menghidap anemia.

Thursday, January 13

mEncAri kEkaSih hAti..♥

KEKASIH merupakan insan yang sering didambakan. Kesunyian akan dirasai andai hidup tanpa insan bernama kekasih. Jiwa remaja sering bergolak untuk memiliki insan yang bakal dinobatkan sebagai kekasih hati..Diintai kiri dan kanan untuk mencari siapalah insan bertuah yang sudi menemani hari-hari dan perginya sepi yang bersarang di hati. Indahnya jika ada kekasih yang menemani sepanjang meniliti liku-liku hidup...=)

Terdetik di dalam sanubari paling dalam....Adakah impian hati ingin memiliki kekasih seperti pasangan kekasih yang sering kelihatan di sana-sini? Adakah kehidupan bersama kekasih seperti kawan-kawan akan membuatkan hati ini tenang? Itukah kekasih dambaan hati kecil ini? Harus bagaimana mencari kekasih yang sebenar?? Ya Allah bagaimana.....

Cinta dan sayang itu mudah terzahir dengan kata-kata dan gerak langkah seseorang. Rasa yang dimiliki sukar disembunyi seperti sebuah syair arab pernah menyebut:

" Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya"

Setiap insan normal pasti akan mengalami perasaan cinta dan naluri ingin dicintai-menyintai. Dalam kitaran hayat mengikut pandangan teori Eric Ericson pada usia 21 hinga 24 tahun kehendak menusia lebih tertumpu kepada mencari pasangan hidup. Oleh itu bersyurkurlah andai merasai kehendak mencintai dan dicintai kerana ia lambang KENORMALAN anda.

Ramai yang merasai dan menikmati rasa "CINTA-MENCINTAI" tetapi tak ramai yang membuktikan mereka benar-benar menghargainya. Mengapa ia terjadi??

Lihatlah laluan mencari cinta.......
Walaupun cinta itu fitrah tetapi ia tidaklah mudah. Usaha itu yang berterusan harus diamalkan. Antara bentuk usaha yang digariskan:

1) ISTIHAROH - untuk mencari pasangan yang sesuai
- ia juga dilakukan dikala hati 50/50 dlm membuat pemilihan.sekiranya tak 50/50 pohonlah thabatkan hati dgn pilihan diri.
2) PERBINCANGAN - minta pandangan ibu bapa dan insan-insan yang layak
3) BERDOA - doa itu senjata mukmin. Antara doa yang dianjurkan:

" Ya Allah andai perkara ini baik buatku palingkanlah wajahku kepadanya, begitulah juga palingkanlah wajahnya kepadaku. sekiranya dia tidak baik buatku jauhkanlah dirinya daripada diriku dan jauhkan diriku daripada dirinya"

USAHA ------- ISTIHAROH------PILIH-------MENCARI KEKASIH


Sebelum kita melalui jalan yang penuh liku, usahlah akur dipersimpangan. Namun fikirkan natijah akhir yang bakal terjadi disetiap jalan yang dilalui.


Pencarian kekasih adalah proses yang perlu dilakukan dengan usaha. Setelah menemui susunlah kekasih di hatimu dengan ranking yang sewajarnya:

1) ALLAH
2) RASUL
3) JIHAD
4) MUKMIN
5) ASET

Semoga kekasih yang ditemui tidak membawa fitnah kepada diri.

" Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (HR Bukhari, no. 5096, Muslim no. 2740)


doa buat kekasih~♥


Friday, January 7

✿ aKu hAnYa wAniTa biAsA ✿

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..


Thursday, January 6

✿ uSah mEncAri Yg tErlaLu sEmpUrNa ✿

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan besama~

Wednesday, January 5

ღ pesanan dari insan bergelar PENSYARAH ღ

Urm..sejuknya hari ni..huhu..mane tak nya hujan sepnjang hari..urmm tadi pg aku ada kelas disleksia n kels bm jer..kelas disleksia tu baru 1st time lec masuk..so lec tu pon sembang2 la..lec ni ada bg nasihat kat kitorang satu kelas..bagi aku nashat dia mmg sgt2 berguna..hoho..

Nshat dia lbh kurg gini la..aku ubah suai sikit ikut kesesuaian..hehe..hdup kita pnghjungnya kematian..n selepas kita mati hanya 3 perkara yang kita ada..ape? cube gitau sikit..hehe..
  1. sedekah jariah
  2. ilmu yang bermanfaat
  3. doa anak2 soleh
Perkara pertama n kedua munking kita sudah ada..walaupun tak banyak..tapi yang ketiga..doa anak2 yang soleh..yup, kita mmg masih student..tapi dh ken fkir sal ni..untuk dapat perkara ketiga, kite perlulah kawen..persoalannya dengan sape?? tu aku pon tatau nak jwb..tak de calon..huhuhu..tapi kata lecturer aku tu, kita perlu berdoa..jangan memilih..sape yang dah ada GENGGAM baik2..jgn biarkan dia pergi..hahaha..sekarang perempuan ramai dari lelaki..so renung2kan..

sekiranya kita berkahwin dan mempunyai anak, insya-Allah perkara ketiga yang akan kita bawa sudah ada..hehe..renung2lh rakan2~

ღ tArE zamEen pAr ღ

tare zameen par..urmm..hari ni aku layan citer tu..hindustan..smpai nangis2 aku tgok citer tu..huhuhuhu..mmg sedih sgt..cite ni mmg buat aku bersemngat..

Ya-Allah..baru aku sedar pentingnya cikgu untuk murid berkeperluan khas termasuklah cikgu pemulihan macam aku ni..aku sgt beruntung..aku harap sgt dapat membntu murid2 ni sebaik mungkin..ya-Allah, sememangnya murid2 istimewa ni sagt memerlukan seorg guru yang btul2 penyayang..harap2 aku mmpu jadi yang terbaik...

walaupun mereka kurang dlm pelajaran, tak semestinya diorng tak mampu berjaya..malah diorg mgkin lebh berjaya dr budak2 normal kalu dididik dgn cara yang betul..aku harap sangt dapat bagi komitmen yg terbaik utk diorang..ya-Allah permudahkanlah aku dlam mendidik anak2 ini..~

pss: rakan2..cubelah tgok crita ni..kalian pasti teruja~

Monday, January 3

✿ R.I.N.D.U ✿

R.I.N.D.U.N.Y.A..tu je yang mampu aku ungkapkan..cewah..rindu spe?? bahaya ni..blh tmbul kontrovesi..hahaha..(macm artis lak)..banyak benda yang aku rndu buat masa skarang ni..meh nak senarai satu persatu..haha..
  1. pertama skali aku SANGAT2 rindu kat family aku..[mama,ayah,abang n adik]..tah la..rindu tahap cipanzi dh ni..hadoila..baru dua hri kat maktab ni..dh mula rndu..camne ni? nk bertahan sampai bulan 2..hukhuk..hari ni hari 1st adik aku dok kat hostel..harap2 adik aku blh sesuaikan dri..jgn HOMESICK macam aku masa form1 dulu..haha..aku doakan dia tak kena buli..jaga la sapa2 yang brani nak buli adik aku..aku blik nnt aku sepak "debush2" bontot korang..haha..mama msti rndu aku..tau sgt dah..mna taknya, sapa g nak teman dia sembang n mlawak..dah aku kat sini..kesian dia..ayah pon msti rndu aku sbb dh tak de sape nk tlong dia setiap pg n ptg..haha..n yang pling rndu aku semestinya "MUHAMMAD MASROL" a.k.a abg kesyangnku..haha..kesian dia..aku tadak, sapa nak mask sedap2 kat dia bila dia lapr tngah2 malm, nak iron bju keja dia..hahaha..sabar lah abg..tunggu kak tin blik cti nnt..tu la lain kali kawen cpt2..tak payh tunggu kak tin je..hahaha..
  2. kedua paling aku kangen bangat adalah "BABU"..hahaha..tau ke sapa BABU? hikhik..bukan babu manggali kat kg jawa tu..[orang yan je knal babu tu]..ni BABU kucing kesayanganku..adik dh msuk hostel, sapa g yg nk bg mkn kt dia..kesiannya..mama la org yg bertnggungjwb..kalu aku blik nnt BABU kurus, jagala..hahahahha...
  3. ranking ke-3 pling aku rndu adalah seseorang yang sedang mewarnai hdupku..hihi..persoalnnya siapakah dia? hahaha..nnt smuanya akn tau..masa dan ketika jer..hihi..mula2 mmg tak rasa pape kat dia ni..tpi skarang mmg tak leh nafikan lagi, aku sudah blh trima dia..cuma dia jer yang tatau ag..hihihihi..malu lak nak gtau..haha..papepon i miss u lah~♥..tetiba teringat 1st date hari tu...kuakuakua...
  4. then aku sgt R.I.N.D.U kat kawan2 seperjunganku..haha..kawan2 yang sme2 jd fesi ngn aku hari tu..msa cuti sem hari tu aku keja..jadi fasilitator..kat Kem D'Al-Hidayah..hehehehe..tetiba rndu sgat kat kalian..[nurul fatin, norma, wani, tehah, bakaq]..n tak lupa kat adilah, apit n aisyah..tanks kepada En. Md Rodzi n Pn.Fuzlawati kerana masih mnggunakan khidmat saya sebgai fesi..Allah sja yang mampu balas jasa cikgu~
  5. aku gak sngat RINDU kat adik2 yang mai kem masa cuti hari tu..yang paling tak leh lupa, adik2 yang mai kem 4 hari 3 malm..rindu giler kat korang..hadoiiii....
hihi..tu je la orang yang aku R.I.N.D.U buat malam ni..hihihihihihi...aku nak boh gmbar diorag skali tapi line slow la pulak..nnt Insya-Allah aku letak gambar2 diorang..hihihi..papepon aku sekarang dilanda penyakit RINDU~

Sunday, January 2

Alhamdulillah..✿

adess..pentnya...hari ni first day kelas..cuti lma2 ni mmg buat aku malas nk ke kelas..
dh la kelas jauh2 blake..kalu kat BK kan best..hadoii..tadi pagi aku bgn dgan penuh smangat..almaklumlah hari 1st..g kelas dngan kasot kuliah baru..tampak bergaya..haha..prasan..
td pagi ada kelas hubungan etnik n kelas mat jer..tu pon baru pengenalan..masa kelas mat, lec mintak KU n PKU g ambil modul..diorang pon g la ambil..then bila diorang naik, siap bawak utusan seri paduka baginda..hahahah..ketaq aku time tu..mana taknya, diorang bawak naik slip exam hari tu..aku trus ambil slip..mula2 mmg tak brani nak tgok..tapi takkan nak simpan je kan..aku pon tengok la..Alhamdulillah..result yang mengejutkan..tak sngka..syukur sgt..
sekarang baru aku tau, ada hkmah disebalik apa yang berlaku masa sem2 dulu..aku syukur sgat..terima kasih Ya-Allah kerana telah sdarkan aku..hopefully sem ni result aku tetap gini..
and aku nak say congrate kat BFF aku, azimah..tahniah..walaupon ko exam dlm keadaan tertekan..result ko mantain..bgos...