CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 25

sAyA aNak mAma dAn aYaH~♥

salam..
tetiba aku rasa RINDU sangat kat mama n ayah..
huhuhu..baru pas tepon rumah..
tak puas rasanya cakap ngan diorang tadi..
alangkah bestnya kalu dapat balik rumah sekarang...

ada orang kata aku ANAK MANJA...
yeker??tah la ek..tapi..
salah ke jadi ANAK MANJA?
tak pon kan..biar la..
nak manja ngan sapa g kalau bukan ngan mak ayah..
sementara diorang ada ni la aku nak bermanja..
yang korang tu..manja ngan GF or BF..
yang tu tak salah pulak??
haha..tepuk dada tanya hati..

aku bersyukur..sebab ada mama n ayah..
yang sangat amik berat tentang aku..
semua aku nak mesti ditunaikan..
Ya-Allah beruntungnya aku..
aku SYUKUR sangat..
Ya-Allah, panjangkanlah umur mama n ayah aku..
aku tatau camna nak hidup tanpa mereka..
aku SANGAT SAYANGKAN mereka..

aku nak sangat tengok mama n ayah gembira..
gembira dengan kejayaan aku adik bradik..
biarlah mereka menangis kerna kejayaan kami..
bukan sebab kegagalan..
Ya-Allah, bantulah aku..
bagilah aku dapat pointer tinggi sem ni..
hadiah untuk mereka..

MAMA, AYAH..
kak Tin SAYANG mama n ayah sangat2..
rindu kalian!!

Wednesday, March 23

aNtaRa pEgAnG aWeK dAn pEgAnG aNjiNg...

salam..tadi aku sempat berjalan2 di blog rakan2..
tetiba aku tertarik dengan tajuk ni..
dan terasa ingin kongsi dengan rakan2..
same2lah kite fikirkan..
yang BAIK jadikan TELADAN, yang JAHAT jadikan SEMPADAN...





1. Apa hukum kalau kita pegang orang perempuan bukan muhrim?
[padahal awek, tapi malu nak cakap]


2. Saya keluar dengan tunang saya, tapi kami pegang tangan je.
Tak buat pon yang teruk-teruk.


Di bawah aku sediakan jawapan dari soalan diatas berdasarkan ilmu aku yang cetek ini.

1. Hukumnya haram. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.
Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak diperbolehkan baginya".

Dari ‘Aisyah ia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam membai’at para perempuan dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah SAW memegang tangan para perempuan, kecuali tangan perempuan yang telah menjadi miliknya (artinya perempuan yang telah dinikahinya = istri Nabi).

2. Hukumnya haram. Bermula dari perkara yang kecil yang kemudiannya boleh menyebabkan terjebak kepada perkara yang lebih teruk seperti zina. Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Surah Isra' ayat 32

Apa jawapan sahabat-sahabat sekalian jika diajukan soalan yang sedemikian?

Jom sama-sama hayati cerita ini...

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan aku tak nafikan yang mungkin aku sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.

Kalau tak faham , saya beri contoh pada perbualan dua makhluk ni:

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni..(minta dijauhi.. ) kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya..

Jadi, apa pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang permasalahan yang kita anggap remeh-temeh ini? Tepuk dada tanya iman.....

miNgGu pAliNg mEmEnAtkAn..:(

alhamdulillah..akhirnya..
dapat gak aku buka blog aku..dah lama tak buka..
sibuk kalahkan PM..haha..PM pon tak sesebok aku..hikhikhik..
minggu ni memang SANGAT2 MEMENATKAN!!..
tidur pon tak brapa cukup..adoiii...
mata pon dah jadi cam PANDA..

nak tau nape minggu ni aku sibok tahap MELAMPAU??
hahaha..sebab minggu ni minggu ASSIGNMENT SEDUNIA..
minggu ni kena anto 3 assignment..
Hubungan Etnik, Bahasa Melayu n Pentaksiran Pemulihan..
memang TERBAIK ah..
sampai rasa cam nak MERENG pon ada..
OTAK tak brenti2 berfikir..cewah..konon BIJAK..haha..

tadi kna anto assignment pentaksiran...
then ptg tadi aku n kawan2 kuar release TENSION..cewahh..
bukan RELEASE TENSION tapi kuar BUANG DUIT..haha..
banyak gak la barang aku beli...
salah satu barang aku beli adalah BEG untuk adik tercinta..
aku beli beg sandang tepi..
untuk dia guna p prep kat hostel..
memang KAKAK TERBAIK la aku ni..
nasib bek adik sorang jer..
lau ramai, mau kopak duit aku..hahaahha..
aku harap adik aku suke la BEG tu..
barang free mesti suka punya..aku JAMIN!!haha..

k lah..nak chow dulu..
da masa nanti aku nulis ag..
nak g siapkan Folder PANDU PUTERI..
chow cin cap...

Friday, March 18

sElaMat tiBa..

salam..akhirnya..aku slamat tiba..
di IPG Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu...
macam2 rasa digaul bersama..waaa..
tak nak balik sini...nak cuti lama2 ag..
dok rumah sememangnya sangat sangat sangat best..
ada family di sisi, depan, blakang..
kat sini apa ada?? waaaa..
kalu dok rumah leh makan makanan sedap2..
boleh g jalan2 ngan abang n adik..
boleh balik kampung sama2..
boleh jadi fesi kat kem..duit pon bertambah..
kat sini apa ada??
hidup dipenuhi dengan kelas..
dihantui esemen yang bertimbun2..
huh..aku tak suka situasi ini..
tapi aku kena hadapi gak..
ni la masa aku nak balas jasa mama n ayah..
walaupon perit, aku gagahi jua..
hahaha ayat tak leh blah!!
hope aku gembira kat sini..
semoga dipanjangkan umur utk jumpak family aku next cuti..
ya-Allah..lindungilah keluargaku..

pss: saya sangat rindukan
Pn. Ku Umi Kalsom.
En. Abdul Razak.
Muhammad Masrol.
Farzana.

baik-baik sayang..
saya sayang kalian!~

Saturday, March 5

Pengalaman Berasaskan Sekolah a.k.a PBS~♥

sekarang menunjukkan 12.15 a.m.
tapi aku masih mengONLINEkan diri..
adoii..FATIN sila la tidur..
esok kamu kena masuk sekolah..haha..
karang masuk sekolah mata macam PANDA..haha..

urmm esok aku akan berPBS di SK. Yan Kechil..
harap2 semuanya berjalan lancar..
harap2 ada lagi orang yang PBS selain aku n nina..
ada gak kawan..tapii rasanya mustahil..
1st time aku PBS dengan kawan..
selama sorang diri jer..haha..
orang lain banyak yang p buat kat rumah kawan2..
tapi aku tatau knapa aku nak buat kat rumah..
senang..n paling penting dapat dok rumah..hihihihihi..

oklah..doakan semuanya berjalan lancar..
aku mau tito dulu..
takut esok bangun lambat lak..
SELAMAT TIDUR semua~!

Thursday, March 3

tEriMa kAsiH yA-Allah...

alhamdulillah..
aku masih bernafas sampai hari ini..
genaplah umur aku 21 tahun..
terima kasih Ya-Allah kerana memberi aku kesempatan..
merasai segala nikmatmu..
terima kasih jugak pada mama dan ayah..
kerana menjaga aku sehingga sekarang..
tanks utk abang n adik atas segalanya..

aku harap aku dapat menjadi anak yang solehah..
dapat membalas segala jasa mama dan ayah..
semoga aku sentiasa berjaya dunia dan akhirat..Insya-Allah..

tanks kepada rakan2 yang wish kat FB..
agak terkejut bila buka FB..
banyak wallpost dari rakan2 yang wish..tanks..
tanks gak kat kawan2 yang tak putus2 send mesej smalam..
saya amat hargainya..
antara rakan2 yang igt hantar mesej:
kawan2 yan dan Asma: afiqah, hafis hafifi, yanti, shafika, soleh, nurul
kawan2 maktab: atin, gee, dayat hafid, kimie..
n tak lupa kat bakal kakak ipar aku: KAK ZIE..
tanks ya kalian..merugikan beberapa sen utk wish kat saya..

tapi agak terkilan..
sebab kawan yang baik ngan aku..tak igt pun..
huhuhu..yup..mungkin aku je yg prasan mereka adalah kwn baik aku..
huhuhuhuhuhuhuuhuhuh..
sekurang2 hantar la wish kat FB kalu malas nk mesej..
papepon tanks..

makaseh kat semua yang igt..
doakan saya panjang umur n murah rezeki..
n doakan saya cepat bertemu jodoh..makaseh kalian..


Tuesday, March 1

baLik KampUnG...ღ

Assalamualaikum..
lame jari aku tak menari atas keyboard semata2 utk blog usangku ini..
selalunya jari ku hanya sebOk dengan assignment..
tugas aku sebagai pelajar..tak leh lari dari kerja yang banyak..
ni baru belajar..nantu dah mengajar..lagi la..
semoga aku tabah menghadapi semua ini..
dapat berbakti utk anak bangsa..
selagi aku masih bernyawa..
hikhik..ape la aku melalut sorang2 ni..haha..

urmm..sebenarnya tatau nak nulis ape..
tapi aku nak gitau..aku sangat hepy sekarang..
sebab malam ni aku balik KEDAH..
K'GANU-KEDAH SP Bumi Xpress..pukul 9 malam..
sangat2 la hepy..
semoga aku selamat sampai kat rumah..
2 minggu cuti memang tak cukup..kalu boleh nak lama lagi..
haha..sebab tu aku ponteng sehari..lalala~

doakan aku selamat sampai yerk..
jumpak lagi lepas cuti!!~