Monday, January 31
t.E.m.P.e....
Sunday, January 30
kEcEwA~
Wednesday, January 26
akHiRnYa..
-r.i.m.a.s-
baLik KampUnG...ღ
Monday, January 17
aDakAh aKu mAsih SAYANG mErEkA?..♥
sElamAt hAri lAhiR sAhAbAtkU~♥
Friday, January 14
✿ aNemiA sEntiAsA bErsAmAkU ✿
Anemia disebabkan oleh perkara2 berikut:
1. Kehilangan darah (terbahagi kepada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan
2. Kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormone: Paras hormo tiroid rendah
- kerosakan sum-sum: kanser darah, penyakit sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia
3. Pemusnahan sel darah merah berlebihan
- berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Terbahagi kepada dua iaitu Anemia disebabkan kekurangan zat besi dan Talasemia.
Simptom dan Gejala Penyakit Anemia ini biasanya tidak disedari oleh penghidapnya. Sekiranya anda mengalami sebahagian simtom2 berikut, adalah disarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung cepat
-Kurang daya ingatan
Kompilasi yang disebabkan oleh Anemia
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Tips untuk pesakit Anemia
Diet untuk memperbanyakkan hemogloblin makan makanan yg kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan, ayam, hati telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, brokoli dan tauhu
Mempercepatkan penyerapan zat besi
-Makan atau minum jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C
Elakkan minum kopi atau teh selepas makan kerana kedua-dua minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi.
Berhati2 dengan kalsium kerana kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Anda harus berbincang dgn doktor bagaiman cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus utk tubuh anda
Vitamin B12 dan Asid Folat penting untuk tubuh dan boleh didapati dari daging ayam, daging merah dan sayur2an
Suplemen Zat besi- berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil supleman ini kerana ianya mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah dan alahan
Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 5 hingga 10 tahun
-sekiranya anda wanita yang tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah untuk mengesan adakah anda menghidap anemia.
Thursday, January 13
mEncAri kEkaSih hAti..♥
Terdetik di dalam sanubari paling dalam....Adakah impian hati ingin memiliki kekasih seperti pasangan kekasih yang sering kelihatan di sana-sini? Adakah kehidupan bersama kekasih seperti kawan-kawan akan membuatkan hati ini tenang? Itukah kekasih dambaan hati kecil ini? Harus bagaimana mencari kekasih yang sebenar?? Ya Allah bagaimana.....
Cinta dan sayang itu mudah terzahir dengan kata-kata dan gerak langkah seseorang. Rasa yang dimiliki sukar disembunyi seperti sebuah syair arab pernah menyebut:
" Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya"
Setiap insan normal pasti akan mengalami perasaan cinta dan naluri ingin dicintai-menyintai. Dalam kitaran hayat mengikut pandangan teori Eric Ericson pada usia 21 hinga 24 tahun kehendak menusia lebih tertumpu kepada mencari pasangan hidup. Oleh itu bersyurkurlah andai merasai kehendak mencintai dan dicintai kerana ia lambang KENORMALAN anda.
Ramai yang merasai dan menikmati rasa "CINTA-MENCINTAI" tetapi tak ramai yang membuktikan mereka benar-benar menghargainya. Mengapa ia terjadi??
Lihatlah laluan mencari cinta.......
Walaupun cinta itu fitrah tetapi ia tidaklah mudah. Usaha itu yang berterusan harus diamalkan. Antara bentuk usaha yang digariskan:
1) ISTIHAROH - untuk mencari pasangan yang sesuai
- ia juga dilakukan dikala hati 50/50 dlm membuat pemilihan.sekiranya tak 50/50 pohonlah thabatkan hati dgn pilihan diri.
2) PERBINCANGAN - minta pandangan ibu bapa dan insan-insan yang layak
3) BERDOA - doa itu senjata mukmin. Antara doa yang dianjurkan:
" Ya Allah andai perkara ini baik buatku palingkanlah wajahku kepadanya, begitulah juga palingkanlah wajahnya kepadaku. sekiranya dia tidak baik buatku jauhkanlah dirinya daripada diriku dan jauhkan diriku daripada dirinya"
USAHA ------- ISTIHAROH------PILIH-------MENCARI KEKASIH
Sebelum kita melalui jalan yang penuh liku, usahlah akur dipersimpangan. Namun fikirkan natijah akhir yang bakal terjadi disetiap jalan yang dilalui.
Pencarian kekasih adalah proses yang perlu dilakukan dengan usaha. Setelah menemui susunlah kekasih di hatimu dengan ranking yang sewajarnya:
1) ALLAH
2) RASUL
3) JIHAD
4) MUKMIN
5) ASET
Semoga kekasih yang ditemui tidak membawa fitnah kepada diri.
" Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (HR Bukhari, no. 5096, Muslim no. 2740)


Friday, January 7
✿ aKu hAnYa wAniTa biAsA ✿
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Thursday, January 6
✿ uSah mEncAri Yg tErlaLu sEmpUrNa ✿
Wednesday, January 5
ღ pesanan dari insan bergelar PENSYARAH ღ
- sedekah jariah
- ilmu yang bermanfaat
- doa anak2 soleh
ღ tArE zamEen pAr ღ
Ya-Allah..baru aku sedar pentingnya cikgu untuk murid berkeperluan khas termasuklah cikgu pemulihan macam aku ni..aku sgt beruntung..aku harap sgt dapat membntu murid2 ni sebaik mungkin..ya-Allah, sememangnya murid2 istimewa ni sagt memerlukan seorg guru yang btul2 penyayang..harap2 aku mmpu jadi yang terbaik...
walaupun mereka kurang dlm pelajaran, tak semestinya diorng tak mampu berjaya..malah diorg mgkin lebh berjaya dr budak2 normal kalu dididik dgn cara yang betul..aku harap sangt dapat bagi komitmen yg terbaik utk diorang..ya-Allah permudahkanlah aku dlam mendidik anak2 ini..~
pss: rakan2..cubelah tgok crita ni..kalian pasti teruja~
Monday, January 3
✿ R.I.N.D.U ✿
- pertama skali aku SANGAT2 rindu kat family aku..[mama,ayah,abang n adik]..tah la..rindu tahap cipanzi dh ni..hadoila..baru dua hri kat maktab ni..dh mula rndu..camne ni? nk bertahan sampai bulan 2..hukhuk..hari ni hari 1st adik aku dok kat hostel..harap2 adik aku blh sesuaikan dri..jgn HOMESICK macam aku masa form1 dulu..haha..aku doakan dia tak kena buli..jaga la sapa2 yang brani nak buli adik aku..aku blik nnt aku sepak "debush2" bontot korang..haha..mama msti rndu aku..tau sgt dah..mna taknya, sapa g nak teman dia sembang n mlawak..dah aku kat sini..kesian dia..ayah pon msti rndu aku sbb dh tak de sape nk tlong dia setiap pg n ptg..haha..n yang pling rndu aku semestinya "MUHAMMAD MASROL" a.k.a abg kesyangnku..haha..kesian dia..aku tadak, sapa nak mask sedap2 kat dia bila dia lapr tngah2 malm, nak iron bju keja dia..hahaha..sabar lah abg..tunggu kak tin blik cti nnt..tu la lain kali kawen cpt2..tak payh tunggu kak tin je..hahaha..
- kedua paling aku kangen bangat adalah "BABU"..hahaha..tau ke sapa BABU? hikhik..bukan babu manggali kat kg jawa tu..[orang yan je knal babu tu]..ni BABU kucing kesayanganku..adik dh msuk hostel, sapa g yg nk bg mkn kt dia..kesiannya..mama la org yg bertnggungjwb..kalu aku blik nnt BABU kurus, jagala..hahahahha...
- ranking ke-3 pling aku rndu adalah seseorang yang sedang mewarnai hdupku..hihi..persoalnnya siapakah dia? hahaha..nnt smuanya akn tau..masa dan ketika jer..hihi..mula2 mmg tak rasa pape kat dia ni..tpi skarang mmg tak leh nafikan lagi, aku sudah blh trima dia..cuma dia jer yang tatau ag..hihihihi..malu lak nak gtau..haha..papepon i miss u lah~♥..tetiba teringat 1st date hari tu...kuakuakua...
- then aku sgt R.I.N.D.U kat kawan2 seperjunganku..haha..kawan2 yang sme2 jd fesi ngn aku hari tu..msa cuti sem hari tu aku keja..jadi fasilitator..kat Kem D'Al-Hidayah..hehehehe..tetiba rndu sgat kat kalian..[nurul fatin, norma, wani, tehah, bakaq]..n tak lupa kat adilah, apit n aisyah..tanks kepada En. Md Rodzi n Pn.Fuzlawati kerana masih mnggunakan khidmat saya sebgai fesi..Allah sja yang mampu balas jasa cikgu~
- aku gak sngat RINDU kat adik2 yang mai kem masa cuti hari tu..yang paling tak leh lupa, adik2 yang mai kem 4 hari 3 malm..rindu giler kat korang..hadoiiii....
Sunday, January 2
Alhamdulillah..✿
td pagi ada kelas hubungan etnik n kelas mat jer..tu pon baru pengenalan..masa kelas mat, lec mintak KU n PKU g ambil modul..diorang pon g la ambil..then bila diorang naik, siap bawak utusan seri paduka baginda..hahahah..ketaq aku time tu..mana taknya, diorang bawak naik slip exam hari tu..aku trus ambil slip..mula2 mmg tak brani nak tgok..tapi takkan nak simpan je kan..aku pon tengok la..Alhamdulillah..result yang mengejutkan..tak sngka..syukur sgt..
sekarang baru aku tau, ada hkmah disebalik apa yang berlaku masa sem2 dulu..aku syukur sgat..terima kasih Ya-Allah kerana telah sdarkan aku..hopefully sem ni result aku tetap gini..
and aku nak say congrate kat BFF aku, azimah..tahniah..walaupon ko exam dlm keadaan tertekan..result ko mantain..bgos...